Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Pie ayam
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Pie ayam



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 15-Apr-2007 07:32
Menu hari minggu
Pagi buat pau kacang merah:

Pau resipi Chef Li:
1 kg tepung Pau (Hong Kong flour)
8 gm yis kering
18 gm baking powder
100 gm gula
30 gm shortening (letak yang putih nyer shortening utk dptkan pau yang putih)
10 gm voltex/bread improver
2 sudu teh ovalet
500 gm air

Masuk semua bahan kering dan gaul rata dalam mixer.
masukkan air sedikit demi sedikit.
masukkan yis dan gula.masukkan shortening.
Uli lembut.
Bentukkan doh kecil-kecil dan isi inti.
Peram 20 - 25 minit.
Kukus 8 - 10 minit.

Inti kacang merah
Kacang merah - rendam >< 2 jam (rebus hingga lembut) - nak cepat pakai pressure cooker. Dah sejuk skit.....blend hancur.
Gula - sesedap rasa
Daun pandan - ni utk wangi je.

Masak hingga pekat betul.


Ni lak untuk makan petang:
Buat pakai resipi campak-campak je.



Bubur Jagung

5 tongkol jagung manis - hiris nipis untuk ambil jagung nyer je
Satu kotak santan
Satu tin susu cair
Daun pandan
Sagu - di masak siap
Gula - sesedap rasa
Air - ikut suka le byk mana....nak cair ke nak pekat.

Rebus jagung yang dihiris nipis2 tu hingga masak. Letak air ye.
Kat periuk lain masak sagu.
Masukkan santan, susu cair, air, daun pandan ke dalam periuk jagung (bila dah masak).
Masak semua tu.........bila sagu dah masak cantik....masukkan sagu dalam periuk jagung jugak.
Bila dah mendidih...masukkan gula....pas tu rasa le.


Air soya
Kacang soya
Gula
Air
Daun pandan

Rendam kacang soya........2-3 jam.
Blend kacang soya dengan air........tapis beberapa kali dengan penapis yang halus2 sgt.
Masak air soya dalam periuk. Letak daun pandan dan gula....rasa....
Nini suka buat pekat........senang nak simpan. Bila nak minum...letak air extra, ais.......amik straw....slurrrp....sodap.

Chicken Pie
Sumber : Catherine Atkinson
Dipopularkan oleh Jeni.

Pastri (Shortcrust)
Bahan-bahan
225 g tepung serbaguna (Nini pakai 500 gm tepung biasa)
1/4 sudu teh garam
115 g mentega sejuk, didadu (230gm)
65 g lemak sayuran, didadu (130gm)
60 - 120 ml air sejuk (tak letak pun sebab adunan tu didapati lembik) - ikut cuaca kot.

Cara Membuatnya
1. Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk. Gaulkan mentega, lemak sayuran ke dalam tepung sehingga teksturnya menjadi macam breadcrumb. (gaul guna tangan saja, gentel-gentel mentega dan lemak sayuran tu dengan tepung)
2. Renjis sedikit demi sedikit air sambil gaul tepung tu. Kuantiti air yang digunakan bergantung kepada setiap keadaan ye bergantung pada suhu sekeliling dan macam-macam. Jadi masukkan sedikit-sedikit, gaul hingga tepung boleh dibentuk macam bola. Jangan lembab sangat dan jangan kering (berderai) sangat.
3. Selepas dibolakan, penyetkan adunan menjadi leper dan simpan dalam plastik dan masukkan dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 30 minit.
4. Selepas 30 minit, rollkan pastri sehingga ketinggian 3 mm. Untuk senang rollkan pastri antara 2 alas plastik supaya tak melekat kat rolling pin. Rollkan perlahan-lahan.
5. Sapu telur atas lapisan pastri tersebut.
6. Bakar pada suhu 190 Celcius selama 30 minit atau sampai pie kuning keemasan.

Inti Ayam
Bahan-bahan
Daging ayam
Mixed Vegie
Cendawan butang
Cream of Chicken (Chicken Soup dalam Tin)
Bawang besar dipotong dadu
Letak cheese sausage - potong nipis2.
Dlm resipi tak der mention garam...tp dah biasa tgn gatal pi campak garam , tu yg termasin tu.

Cara Membuatnya
1. Tumiskan bawang sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan tumis hingga agak masak.
3. Masukkan cendawan butang dan mixed vegie. Goreng seketika, jangan sampai layu.
4. Masukkan cream of chicken.
5. Rasakan dengan garam.

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.